Majlis ini telah diadakan pada 15hb. Julai 2017 Sabtu bermula pada jam 7.30 malam bertempat di Perkarangan Surau Taman Jasmin. Ia telah dihadiri seramai 600 tetamu.
Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis iaitu Dato Haji Mohamed Zain Bin Zakaria. Pada malam tersebut majlis telah memberikan cenderahati kepada warga emas yang ada di Taman Jasmin bagi menghargai sumbangan mereka yang telah diberikan. Tidak lupa juga majlis telah memberikan penghargaan kepada anak-anak ahli kariah yang mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan STPM, SPM, PMR, UPSR dam PSRA.
Pada malam tersebut majlis telah diserikan dengan kehadiran Dato' Haji Zul-Kefli @ Zulkefli Bin Khalid D.P.M.S, S.I.S Pegawai Daerah Hulu Langat merangkap Pengerusi PEMADAM Daerah Hulu Langat. Majlis juga telah menerima kunjungan daripada Ahli Parlimen Serdang iaitu Yang Berhormat Dr Ong Kian Ming.

Acara kemuncak pada malam tersebut adalah cabutan nombor bertuah. Hadiah-hadiah cabutan nombor bertuah adalah sumbangan daripada premis-premis perniagaan yang berada di sekitar Taman Jasmin dan individu-individu yang bermurah hati.
Majlis telah berakhir pada pukul 11.00 malam.
No comments:
Post a Comment