Majlis berkhatan ini merupakan acara merupakan kali yang ke-5, bermula sejak tahun 2007.
Penyertaan pada tahun ini adalah seramai 14 orang kanak-kanak. Ia telah disertai oleh kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Bayaran dikenakan pada setiap peserta adalah sebanyak RM150.00. Majlis tersebut telah diadakan pada 07hb. Disember 2014 (Ahad), bertempat di Surau Taman Jasmin.
Pada tahun ini, majlis tersebut telah dianjurkan bersama oleh Persatuan Kebajikan Warga Kerja Islam (PERKEWI) Hospital Kajang serta Surau Taman Jasmin.
Aturcara majlis ini telah dimulakan dengan majlis doa selamat yang telah diketuai oleh Tuan Haji M.Taifor. selepas itu ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Dato' Haji Mohamed Zain Bin Zakaria. Aturcara seterusnya adalah sesi bergambar, selepas itu perserta diarak dengan paluan kompang.
Selepas itu majlis berkhatan dimulakan pada pukul 9.30 pagi dan berakhir 1.30 petang. Disamping itu peserta berkhatan juga telah diberikan cenderahati dan sijil penyertaan sebagai tanda kenangan.
Selepas itu majlis berkhatan dimulakan pada pukul 9.30 pagi dan berakhir 1.30 petang. Disamping itu peserta berkhatan juga telah diberikan cenderahati dan sijil penyertaan sebagai tanda kenangan.