Pages

Makan Malam Jasamu DiKenang 2014

Majlis tersebut telah diadakan pada 28hb. Disember 2014, Ahad jam 7 malam. Bertempat di Restoran Arabian House Putra Kajang. Majlis ini telah dihadiri seramai 30 orang ahli jawatankuasa. Tujuan majlis diadakan adalah sebagai tanda terima kasih dan menghargai jasa-jasa ahli jawatankuasa bagi penggal 2012-2014.

Aturcara pada malam tersebut telah dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Encik Othman Bin Bador. Selepas itu Yang DiPertua BKKK, Dato' Haji Mohamed Zain Bin Zakaria telah memberikan sedikit ucapan pada malam tersebut. Selepas itu penyampaian sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa bagi penggal 2012-2014 dan surat perlantikan kepada ahli jawatankuasa bagi penggal 2014-2016.

Majlis berakhir pada jam 10.00 malam.













































Tabung Misi Bantuan Banjir 2014

Tabung ini telah dianjurkan bersama oleh  NGO-NGO Taman Jasmin diantaranya Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin, Persatuan Penduduk Taman Jasmin, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin dan PEMADAM Unit Taman Jasmin. Ia telah diadakan pada Sabtu 27/12/2014 dan Ahad 28/12/2014 bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Bertempat di Bilik Gerakan KRT Taman Jasmin. Bantuan-bantuan yang di terima adalah seperti beras, biskut kering, coklat, lampin pakai buang, maggi mee, air mineral, gula tepung dan pakaian.