Pages

Gotong Royong Perdana Taman Jasmin 2014 Sesi Kedua

Program gotong royong sesi kedua ini telah diadakan pada Ahad 09hb. Mac 2014. Bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Tempat berkumpul adalah di Padang Permainan Jalan 18 Taman Jasmin. Penganjur program ini adalah  Persatuan Penduduk Taman Jasmin, Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin dan PEMADAM Unit Taman Jasmin. Dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat dan Jabatan Bomba & Penyelamat Kajang.

Zon-zon yang terlibat adalah Zon C, D & E. Jalan-jalan yang terlibat di Zon C ialah Jalan 10, 11, 12, 13 & 14 dan Zon D jalan 16 & 17. Bagi jalan 18, 19, 20, 21 & 22 ia terletak pada Zon E.

Program dimulakan ucapan alu-aluan daripada Encik Amat Rubaiee Bin Salamon Naib Pengerusi BKKK Taman Jasmin merangkap Timbalan Pengerusi PEMADAM Unit Taman Jasmin. Selepas sarapan program gotong royong pun dimulakan.

Yang Berhormat Ustaz Mohd Shafie Bin Ngah, ADUN Bangi telah memberikan sumbangan berupa jamuan tengahari dan khemah. Pada program kali ini ia telah dihadiri oleh Encik Thiagarah A/L Rajagopal, Ahli Majlis MPKj Zon 14.

Program berakhir pada jam 1.00 petang.