Pages

Majlis Forum Perdana Gabungan NGO-NGO Taman Jasmin

Tajuk Forum "Erti Sebuah Kehidupan"

Majlis ini telah berlangsung pada 10hb. Mac 2012 bersamaan 17 Rabiulakhir 1433H. Pada hari Sabtu masa selepas solat Maghrib, bertempat di Perkarangan Surau Taman Jasmin. Anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin serta Surau Taman Jasmin. Dengan kerjasama PEMADAM Unit Taman Jasmin dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin.

Moderator pada malam tersebut adalah Ustaz Syamsul Amri Bin Ismail, beliau merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Dua orang ahli panel iaitu Ybhg. Dr. Ab. Rahman Bin Mahmud, Pensyarah Jabatan Usuludin, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Manakala ahli panel yang kedua adalah Ybhg. Dr. Rubiah Binti Kulup Hamzah, Pakar Perunding Motivasi dan Kaunseling/Penceramah bebas. Beliau juga merupakan Mudirah Ustazah Pilihan

Majlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Mereka berpuashati dan mahukan program seumpama ini diadakan pada tahun-tahun akan datang. Program ini berlangsung selama dua jam sehingga pukul 10.30 malam. Di akhir majlis tersebut pihak penganjur telah memberikan cenderahati kepada moderator dan ahli panel yang disampaikan oleh Dato’ Haji Mohamed Zain Bin Zakaria dengan diiringi oleh Haji Che Abdul Aziz Bin Che Min. Dikesempatan itu juga ada para tetamu mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan dengan moderator dan ahli panel.