Pages

Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri 1433H


Pada tahun ini Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri telah berlangsung pada 22hb. September 2012 bersamaan 06 Zulkaedah 1433H (Sabtu), masa 8.00 malam hingga 11.00 malam.bertempat di Perkarangan Surau Taman Jasmin. Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Harun Helmi. Selepas itu di ikuti dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis iaitu Dato' Haji Mohamed Zain Bin Zakaria.

Bagi mengenang jasa-jasa warga emas yang berada di Taman Jasmin pihak penganjur telah memberi cenderahati kepada mereka. Tidak ketinggalan juga pihak penganjur telah memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang didalam peperiksaan STPM, SPM, UPSR dan PSRA 2011. Pada malam tersebut majlis telah diserikan dengan kehadiran anak-anak yatim seramai 45 orang. Mereka juga telah menerima sumbangan duit raya, sumbangan tersebut disumbangkan oleh salah seorang dermawan dari Taman Damai Mewah. 

Acara kemuncak pada malam tersebut adalah cabutan nombor bertuah. Hadiah-hadiah untuk cabutan nombor bertuah adalah sumbangan daripada premis-premis perniagaan yang ada di Taman Jasmin, ADUN dan dermawan-dermawan. Majlis tersebut berakhir pada jam 11.00 malam.




































Majlis Forum Perdana Gabungan NGO-NGO Taman Jasmin

Tajuk Forum "Erti Sebuah Kehidupan"

Majlis ini telah berlangsung pada 10hb. Mac 2012 bersamaan 17 Rabiulakhir 1433H. Pada hari Sabtu masa selepas solat Maghrib, bertempat di Perkarangan Surau Taman Jasmin. Anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin serta Surau Taman Jasmin. Dengan kerjasama PEMADAM Unit Taman Jasmin dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin.

Moderator pada malam tersebut adalah Ustaz Syamsul Amri Bin Ismail, beliau merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Dua orang ahli panel iaitu Ybhg. Dr. Ab. Rahman Bin Mahmud, Pensyarah Jabatan Usuludin, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Manakala ahli panel yang kedua adalah Ybhg. Dr. Rubiah Binti Kulup Hamzah, Pakar Perunding Motivasi dan Kaunseling/Penceramah bebas. Beliau juga merupakan Mudirah Ustazah Pilihan

Majlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Mereka berpuashati dan mahukan program seumpama ini diadakan pada tahun-tahun akan datang. Program ini berlangsung selama dua jam sehingga pukul 10.30 malam. Di akhir majlis tersebut pihak penganjur telah memberikan cenderahati kepada moderator dan ahli panel yang disampaikan oleh Dato’ Haji Mohamed Zain Bin Zakaria dengan diiringi oleh Haji Che Abdul Aziz Bin Che Min. Dikesempatan itu juga ada para tetamu mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan dengan moderator dan ahli panel.