Tajuk Seminar "Semakin Hari Semakin Sayang"
Majlis ini telah berlangsung pada 16hb. Ogos 2009 bersamaan 25 Syaaban 1430H pada hari Ahad. Bertempat di Dewan Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi, Taman Jasmin. Bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.
Dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin A'ala, Pentadbir Tanah, Daerah Hulu Langat. Penceramah yang dijemput adalah Ustazah Sabariah Binti Salleh, Pegawai Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Penceramah yang kedua ialah Ustaz Ghazali Bin Omar.
Majlis telah diserikan dengan alunan nasyid remaja dari Taman Jasmin. Diakhir acara, pihak penganjur telah memberikan sedikit cederahati kepada Ybhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin A'ala dan kepada kedua-dua penceramah.