Pages

Kursus Penyembelihan Siri 1 2009

Kursus ini telah diadakan pada 18hb. Disember 2009 bersamaan 1 Muharam 1431H (Jumaat), jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Dianjurkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin dan Surau Taman Jasmin. Tempat kursus untuk teori telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi Taman Jasmin, manakala tempat kursus praktikal telah diadakan di Perkarangan Surau taman Jasmin.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli kariah dan ahli Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin serta penduduk sekitarnya, agar memahami dan mempelajari teknik dan penyelenggaraan penyembelihan dengan cara yang betul, mengikut hukum syarak, halal & Toyibban (Halal & Bersih/baik) mengikut amalan sihat dan hukum-hukum syarak.


Seramai 40 orang telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada ahli kariah dan ahli  Badan Kebajikan & Khairat Kematian  Taman Jasmin serta penduduk sekitarnya. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Solihin Bin Maryakon, Penolong Pengarah Unit Halal, Jabatan Agama Islam Selangor. Setiap peserta dikehendaki melakukan praktikal penyembelihan satu ekor ayam kampong sebagai syarat yang utama untuk mendapatkan sijil penyertaan. Sijil penyertaan telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor. Fasalitator dan penceramah adalah dua orang pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor.

Penyertaan kali ini sebenarnya telah melebihi yang dijangkakan dan amat menggalakkan. Peserta amat berpuas hati dalam mempelajari ilmu penyembelihan. Kebanyakan peserta menganggap kursus ini adalah pengalaman pertama mereka mengikutinya dan melakukan penyembelihan.







Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Taman Jasmin 2009

Majlis ini telah diadakan pada 05hb. Disember 2009/18 Zulhijjah 1430H, berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi Taman Jasmin. Dianjurkan bersama oleh Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin dan Surau Taman Jasmin serta Hospital Kajang.
Majlis dimulakan seawal 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Pada tahun ini seramai 14 peserta telah menyertai majlis berkhatan. setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM100.00.
Setelah pendaftran, peserta diarak dengan paluan kompang dan seterusnya sesi bergambar. Selepas itu acara pancutan air daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang dilakukan untuk memeriahkan majlis. Acara berkhatan dimulakan pada pukul 9.00 pagi.
Diakhir majlis, pihak penganjur telah memberi cenderamata kepada Jabatan Bomba & Penyelamat Kajang, kakitangan Hospital yang terlibat. Tidak ketinggalan juga kepada semua ahli jawatankuasa.





Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri 1430H

Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri pada tahun ini telah diadakan pada 17hb. Oktober 2009 (Sabtu), masa     2.00 Ptg Hingga 5.00 Ptg, bertempat di Perkarangan Surau Taman Jasmin.
Antara tetamu khas yang hadir adalah Yang Berhormat Dr. Shafei Bin Abu Bakar (ADUN Bangi). Kehadiran  tetamu yang hadir adalah seramai 368 orang (105 Keluarga). 
Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Imam Mohd Razak Bin Kanapiah. Acara kemuncak adalah cabutan nombor bertuah.
Menu masakan pada tahun ini adalah ketupat nasi, kuah kacang, kuah lodeh dan bihun. Minuman pula adalah sirap dan buah-buahan.

































Seminar Rumahku Syurgaku 2009

Tajuk Seminar "Semakin Hari Semakin Sayang"

Majlis ini telah berlangsung pada 16hb. Ogos 2009 bersamaan 25 Syaaban 1430H pada hari Ahad. Bertempat di Dewan Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi, Taman Jasmin. Bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.
Dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin A'ala, Pentadbir Tanah, Daerah Hulu Langat. Penceramah yang dijemput adalah Ustazah Sabariah Binti Salleh, Pegawai Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Penceramah yang kedua ialah Ustaz Ghazali Bin Omar.
Majlis telah diserikan dengan alunan nasyid remaja dari Taman Jasmin. Diakhir acara, pihak penganjur telah memberikan sedikit cederahati kepada Ybhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin A'ala dan kepada kedua-dua penceramah.





Pemeriksaan Kesihatan Percuma Dan Kempen Derma Darah 2009

Majlis ini telah diadakan pada 1hb. Mac 2009 bersamaan 4 Rabiulawal 1430H (Ahad) jam 9 pagi, bertempat di Dewan Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi Taman Jasmin dan diperkarangan Surau Taman Jasmin. 
Dianjurkan bersama oleh Badan kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin, Persatuan Kebajikan Warga Kerja Islam (PERKEWI) Hospital Kajang dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin serta Kawasan Rukun Tetangga Taman Bukit Kenangan.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk Taman Jasmin dan taman-taman sekitarnya. Jenis-jenis pemeriksaan kesihatan yang disediakan  adalah seperti tekanan darah, kadar denyutan nadi, berat lemak badan, kadar metabolik, BMI, kepadatan tulang, lemak visceral,  umur mengikut metabolik dan kencing manis. Seramai 120 orang yang hadir untuk membuat pemeriksaan kesihatan, manakala seramai 33 orang yang telah menderma darah.
Tetamu khas yang hadir pada hari tersebut adalah Ybhg. Datuk Ujang Bin Bagong, J.P.