Pages

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI Nov-25-2018


Majlis berkhatan ini telah diadakan pada 25hb. November 2018, Ahad bertempat di Surau Taman Jasmin. Bermula pada 7.30 pagi, seramai 38 peserta telah menyertai program ini.

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia telah turut berkerjasama menjayakan majlis ini. Pihak PPPM telah menyediakan khidmat doktor dan peralatan-peralatan untuk berkhatan. Tidak ketinggalan juga ADUN Kajang turut serta hadir dan seterusnya merasmikan majlis ini.

Majlis ini berakhir pada jam 3.00 petang





Dato Haji Mohamed Zain sedang memberiucapan alu-aluan.

ADUN Kajang sedang memberikan ucapan perasmian































SAMBUTAN MAULIDUR RASUL Nov-20-2018

Sambutan ini telah dianjurkan oleh Surau Taman Jasmin dan Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi Taman Jasmin. Ia dianjurkan pada 20hb. November 2018 bermula jam 7.00 pagi.

Majlis dimulakan dengan perarakkan sambutan dengan mengelilingi Taman Jasmin dan diserikan dengan alunan selawat ke atas Nabi.

Selepas itu ceramah maulidur Rasul dengan menjemput Ustaz Dzulkarnain dari Astro Oasis.

Majlis Berakhir pada jam 1.00 petang.