Pages

Gotong-Royong Perdana Mencegah Denggi

Program gotong royong mencegah denggi ini telah dirasmikan pada Sabtu 09hb. September 2017. Penganjur program ini adalah  Persatuan Penduduk Taman Jasmin, Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin dan PEMADAM Unit Taman Jasmin serta Surau Taman Jasmin. Dengan kerjasama Pejabat Adun Bangi, Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Ia telah dirasmikan oleh ADUN Bangi iaitu Yang Berhormat Ustaz Shafie Bin Ngah. Pada majlis tersebut Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah memberikan penerangan berkaitan mencegah denggi dan pameran-pameran. Program gotong-royong ini telah dilakukan selama 12 minggu berturut-turut dan setiap jalan telah dibahagikan mengikut zon.




Yang Berhormat Ustaz Shafie Bin Ngah sedang memberikan ucapan