Pages

Rumahku Syurgaku Tanpa Dadah Hidup Bahagia

Proram buat julung-julung kali telah diadakan pada 27hb. November 2016, hari Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Bertempat di Dewan Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi Taman Jasmin. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Hulu Langat, Tuan Haji Zul-Kefli @Zulkefli Bin Khalid.Ia telah dianjurkan bersama PEMADAM Unit Taman Jasmin, Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin dan Surau taman Jasmin.

Beberapa modul ceramah telah disampaikan iaitu :-

Modul 1-Hidup Sihat Tanpa Dadah
UPuan Hajah Roselina Binti Mokhtar
Setiausaha Kehormat, PEMADAM Daerah Hulu Langat

Modul 2-Tip-tip Untuk Berjaya Dalam Kehidupan Mengikut Perspektif Islam
Ustaz Muhd Nasiruddin Faiz Bin Ilias

Modul 3-Pengalaman Membesar Di Taman Jasmin Sehingga Berjaya Ke Menara Gading
Cik Nurul Fatin Binti Abd Rashid (Cikgu Fatien Ar-Rashid)

Modul 4-Bagaimana Membentuk Jiwa Yang Kental Sebagai Seorang Peguam
Cik Shavinder Kaur A/P Jasbinder Singh

Modul 5-Kerjaya Dan Pengajian Yang Dipelajari Untuk Memajukan Diri.
Nur Muhd Kamil Bin Nurol Hadi

Modul 6-Erti Sebuah Kehidupan
Muhammad Azri Bin Abdul Jalil

Modul 7-Seribu Penyesalan Dalam Melayari Bahtera Kehidupan
En. Idham Bin Abd Talib
Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sg Ramal Baru, Kajang