Pages

Gotong Royong Perdana Tahun 2015 Sesi Ke-2

Program gotong royong sesi pertama ini telah diadakan pada Ahad 08hb. Mac 2015. Bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Tempat berkumpul adalah di Padang Permainan Jalan 18 Taman Jasmin. Penganjur program ini adalah  Persatuan Penduduk Taman Jasmin, Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin dan PEMADAM Unit Taman Jasmin. Dengan kerjasama Pejabat Adun Bangi, Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat dan Jabatan Bomba & Penyelamat Kajang.

Zon-zon yang terlibat adalah Zon C, D & E. Jalan-jalan yang terlibat di Zon C ialah Jalan 10, 11, 12, 13 & 14 dan Zon D jalan 16 & 17. Bagi jalan 18, 19, 20, 21 & 22 ia terletak pada Zon E.

Pada program kali ini Pejabat Adun Bangi telah menyumbangkan cederahati berupa semburan ubat nyamuk pada setiap peserta yang hadir. Ahli Majlis, En. Thiagarah telah hadir pada program kali ini, seterusnya beliau telah merasmikan program tersebut. Selepas minum pagi, program gotong-royong perdana pun bermula.



















Gotong Royong Perdana 2015 Sesi Pertama

Program gotong royong sesi pertama ini telah diadakan pada Ahad 01hb. Mac 2015. Bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Tempat berkumpul adalah di Pejabat KRT Taman Jasmin. Penganjur program ini adalah  Persatuan Penduduk Taman Jasmin, Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin dan PEMADAM Unit Taman Jasmin. Dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat dan Jabatan Bomba & Penyelamat Kajang.

Gotong royong ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada sesi pertama terdapat dua zon iaitu Zon A dan Zon B. Antara jalan-jalan yang terlibat di Zon A ialah Jalan 7, 8 & 9 dan  Zon B jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31 & 32.
Manakala sesi kedua akan dijalankan pada Ahad 08hb. Mac 2015. Zon-zon yang terlibat adalah Zon C, D & E. Jalan-jalan yang terlibat di Zon C ialah Jalan 10, 11, 12, 13 & 14 dan Zon D jalan 16 & 17. Bagi jalan 18, 19, 20, 21 & 22 ia terletak pada Zon E.

Ahli Majlis, En. Thiagarah telah hadir pada program kali ini, seterusnya beliau telah merasmikan program tersebut. Selepas minum pagi, program gotong-royong perdana pun bermula.