Pages

Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri 1436H

Majlis ini telah diadakan pada 08hb. Ogos 2015 Sabtu bermula pada jam 7.30 malam bertempat di Perkarangan Surau Taman Jasmin. Ia telah dihadiri seramai 500 tetamu. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji M.Taifor. Juruacara majlis pada malam tersebut ialah Encik Zaihan Bin Mahamud merangkap Naib pengerusi Surau Taman Jasmin.

Selepas itu ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis iaitu Dato Haji Mohamed Zain Bin Zakaria.Pada malam tersebut majlis telah memberikan cenderahati kepada warga emas yang ada di Taman Jasmin bagi menghargai sumbangan mereka yang telah diberikan. Tidak lupa juga majlis telah memberikan penghargaan kepada anak-anak ahli BKKK yang mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan STPM, SPM, PMR, UPSR dam PSRA.

Acara kemuncak pada malam tersebut adalah cabutan nombor bertuah. Hadiah-hadiah cabutan nombor bertuah adalah sumbangan daripada premis-premis perniagaan yang berada di sekitar Taman Jasmin dan individu-individu yang bermurah hati.
Majlis telah berakhir pada pukul 11.00 malam.