Majlis ini telah diadakan pada 30hb. Ogos 2014 Sabtu bermula pada jam 7.30 malam bertempat di Perkarangan Surau Taman Jasmin. Ia telah dihadiri seramai 500 tetamu. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji M.Taifor. Juruacara majlis pada malam tersebut ialah Encik Zaihan Bin Mahamud merangkap Naib pengerusi Surau Taman Jasmin. Diantara tetamu VIP yang hadir adalah Yang Berhormat Tuan Ong Kian Ming, ahli parlimen Serdang dan Yang Berhormat Tuan Mohd Shafie Bin Ngah, Adun Bangi serta beberapa orang wakil dari Balai Polis Kajang.
Selepas itu ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis iaitu Dato Haji Mohamed Zain Bin Zakaria. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berhormat Tuan Ong Kian Ming, ahli parlimen Serdang.
Pada malam tersebut majlis telah memberikan cenderahati kepada warga emas yang ada di Taman Jasmin bagi menghargai sumbangan mereka yang telah diberikan. Tidak lupa juga majlis telah memberikan penghargaan kepada anak-anak ahli BKKK yang mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan STPM, SPM, PMR, UPSR dam PSRA.
Buat kedua kalinya pada tahun ini telah diadakan anugerah tokoh kebajikan masyarakat, diantara penerimanya adalah Tuan Haji Mohd Yusof Bin Alias dan Hajah Saniah. Acara kemuncak pada malam tersebut adalah cabutan nombor bertuah. Hadiah-hadiah cabutan nombor bertuah adalah sumbangan daripada premis-premis perniagaan yang berada di sekitar Taman Jasmin dan individu-individu yang bermurah hati.
Majlis telah berakhir pada pukul 11.00 malam.