Pages

Gotong Royong Perdana Taman Jasmin 2014 Sesi Pertama

Program gotong royong sesi pertama ini telah diadakan pada Ahad 23hb. Febuari 2014. Bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Tempat berkumpul adalah di Pejabat KRT Taman Jasmin. Penganjur program ini adalah  Persatuan Penduduk Taman Jasmin, Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin dan PEMADAM Unit Taman Jasmin. Dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat dan Jabatan Bomba & Penyelamat Kajang.

Gotong royong ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada sesi pertama terdapat dua zon iaitu Zon A dan Zon B. Antara jalan-jalan yang terlibat di Zon A ialah Jalan 7, 8 & 9 dan  Zon B jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31 & 32.
Manakala sesi kedua akan dijalankan pada Ahad 09hb. Mac 2014. Zon-zon yang terlibat adalah Zon C, D & E. Jalan-jalan yang terlibat di Zon C ialah Jalan 10, 11, 12, 13 & 14 dan Zon D jalan 16 & 17. Bagi jalan 18, 19, 20, 21 & 22 ia terletak pada Zon E.

Program telah dimulakan dengan sesi penerangan tentang nyamuk aedes oleh Encik Aman wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat. Beliau menerangkan betapa pentingnya kita menjaga kebersihan dipersekitaran rumah kita dari kehadiran nyamuk aedes. Selepas sesi penerangan tersebut, Dato Haji Mohamed Zain Bin Zakaria selaku Pengerusi Induk Program telah memberikan ucapan alu-aluan kepada penduduk yang hadir.

Yang Berhormat Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang telah hadir pada program kali ini, seterusnya beliau telah merasmikan program tersebut. Beliau juga telah bermurah hati untuk menyampaikan cek sumbangan bagi menjayakan program ini.

Selepas daripada minum pagi, program gotong-royong perdana pun bermula.