Majlis ini telah diadakan pada 31hb. Ogos 2013 Sabtu jam 9.00 malam bertempat di Perkarangan Surau Taman Jasmin. Ia telah dihadiri seramai 200 keluarga. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Zaihan Bin Mahmud merangkap Naib pengerusi Surau Taman Jasmin dan juruacara majlis pada malam tersebut. Diantara tetamu VIP yang hadir adalah Yang Berhormat Tuan Ong Kian Ming, ahli parlimen Serdang dan Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Amin Bin Ahmad Ahya, Pengerusi PEMADAM Daerah Hulu Langat.
Selepas itu ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis iaitu Dato Haji Mohamed Zain Bin Zakaria. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berhormat Tuan Ong Kian Ming, ahli parlimen Serdang.
Pada malam tersebut majlis telah memberikan cenderahati kepada warga emas yang ada di Taman Jasmin bagi menghargai sumbangan mereka yang telah diberikan. Tidak lupa juga majlis telah memberikan penghargaan kepada anak-anak ahli BKKK yang mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan STPM, SPM, PMR, UPSR dam PSRA.
Buat pertama kalinya pada tahun telah diadakan anugerah tokoh kebajikan masyarakat, diantara penerimanya adalah Tuan Haji Yahya Bin Md. Noor dan Dr. Sabedah Binti Razali. Acara kemuncak pada malam tersebut adalah cabutan nombor bertuah. Hadiah-hadiah cabutan nombor bertuah adalah sumbangan daripada premis-premis perniagaan yang berada di sekitar Taman Jasmin dan individu-individu yang bermurah hati.
Majlis telah berakhir pada pukul 11.00 malam.