Program kali ini diadakan pada 15hb. Jun 2013 Sabtu bermula dari 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 petang. Bertempat di perkarangan Surau Taman Jasmin.
Program ini dianjurkan bersama Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin, Surau Taman Jasmin, Hospital Kajang, Pusat Darah Negara, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, PEMADAM Unit Taman Jasmin, Persatuan Penduduk Taman Jasmin, KRT Taman Jasmin dan KRT Taman Bukit Kenangan.
Tetamu VIP yang hadir adalah Dato' Ujang Bin Bagong JP dan Yang berhormat Ustaz Mohd Shafie Bin Ngah, ADUN Bangi.
Aktiviti sampingan yang diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun.
Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia tidak dapat bersama-sama pada program kali ini kerana diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Yang Berbahagia Dr. Md Fikri Bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Hospital Kajang tidak dapat hadir untuk merasmikan program ini kerana beliau mempunyai urusan yang penting pada hari yang sama.
Peserta pemeriksaan kesihatan adalah seramai 47 orang. Manakala peserta yang layak menderma darah adalah seramai 27 orang, walaupun yang mendaftar untuk menderma adalah seramai 32 orang.