Majlis tersebut telah diadakan pada 6hb. April 2013, Sabtu jam 6 petang. Bertempat di Restoran MAEPS Serdang. Majlis ini telah dihadiri seramai 27 orang ahli jawatankuasa. Tujuan majlis diadakan adalah sebagai tanda terima kasih dan menghargai jasa-jasa ahli jawatankuasa bagi penggal 2012-2012. Diantara ahli jawatankuasa yang diraikan dan yang hadir ialah Haji Shahruddin Bin Hj Mohd Shariff dan Ustaz Haji Jamaludin Bin Hj Ahmad.
Majlis telah dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Haji Jamaludin Bin Hj Ahmad. Selepas itu Yang DiPertua BKKK, Dato' Haji Mohamed Zain Bin Zakaria telah memberikan sedikit ucapan pada malam tersebut. Majlis telah memberi ruang kepada Haji Shahruddin Bin Hj Mohd Shariff untuk meberikan sedikit ucapan bagi mewakili ahli-ahli jawatankuasa bagi penggal 2010-2012. Selepas solat maghrib berjemah, majlis makan malam pun dimulakan.
Pada malam tersebut Encik Azmi Bin Abd. Kadir telah memberikan sumbangan peribadi berbentuk wang ringgit kepada BKKK. Pihak BKKK mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau. Majlis berakhir pada jam 9.45malam.