Majlis tersebut telah berlangsung pada 18hb. Jun 2011 bersamaan 16 Rejab 1432H. Bertempat di Surau Taman Jasmin. Anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Hospital Kajang, Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin, Surau Taman Jasmin, PEMADAM Unit Taman Jasmin dan
Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk Taman Jasmin dan taman-taman sekitarnya bagi Mini Karnival Kesihatan & Derma Darah. Manakala Seminar “Rumahku Syurgaku” penyertaan adalah terbuka kepada muslimin dan muslimat Taman Jasmin dan taman-taman sekitarnya.
Aturcara Mini Karnival Kesihatan & Derma Darah dimulakan seawal 8.30 pagi dengan kehadiran para tetamu dan tetamu jemputan. Majlis tersebut dimulakn dengan bacaan doa selamat oleh Encik Mohd Sharoffi Bin Mustafa. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Dato’ Haji Mohamed Zain Bin Zakaria, Pengerusi Majlis. Oleh kerana Pentadbir Tanah Daerah Hulu langat tidak dapat hadir, majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Ujang Bin Bagong, JP. Kehadiran tetamu adalah seramai 50 orang.
Aturcara Seminar “Rumahku Syurgaku” adalah dimulakan pada pukul 6.30 ptg dengan kehadiran para tetamu. Selepas solat maghrib berjemaah majlis telah dimulakan. Pihak penganjur telah menjemput Encik Syamsul Amri Bin Ismail, sebagai penceramah. Beliau merupakan Pengarah Undang-Undang di Majlis Perbandaran Nilai. Kehadiran peserta seminar adalah serami 100 orang. Majlis berakhir pada pukul 11.00 malam.