Pada tahun ini Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri telah berlangsung pada 24hb. September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 (Sabtu), masa 9.00 malam hingga 11.30 malam.bertempat di Perkarangan Surau Taman Jasmin. Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Imam Mohd Razak Bin Kanapiah (Imam 1 Surau taman Jasmin). Selepas itu di ikuti dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis iaitu Dato' Haji Mohamed Zain Bin Zakaria.
Bagi mengenang jasa-jasa warga emas yang berada di Taman Jasmin pihak penganjur telah memberi cenderahati kepada mereka. Tidak ketinggalan juga pihak penganjur telah memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang didalam peperiksaan STPM, SPM, UPSR dan PSRA 2010. Pada malam tersebut majlis telah diserikan dengan persembahan kumpulan Nasyid Kilauan Jasmin. Kumpulan tersebut telah dianggotai oleh para muslimah dan remaja perempuan. Sambil para tetamu menikmati juadah yang disediakan, mereka telah dihiburkan oleh persembahan marhaban dan nasyid oleh remaja lelaki yang dipimpim oleh Tuan Haji M.Taifor.
Acara kemuncak pada malam tersebut adalah cabutan nombor bertuah. Hadiah-hadiah untuk cabutan nombor bertuah adalah sumbangan daripada premis-premis perniagaan yang ada di Taman Jasmin, ADUN dan dermawan-dermawan. Majlis tersebut berakhir pada jam 11.30 malam.