Pages

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Taman Jasmin 2010

Majlis berkhatan ini merupakan acara tahunan Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin. Acara pada kali ini adalah merupakan kali yang ke-4, bermula sejak tahun 2007.

Penyertaan pada tahun ini adalah seramai 16 orang kanak-kanak. Ia telah disertai oleh kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Bayaran dikenakan pada setiap peserta adalah sebanyak RM100.00. Majlis tersebut telah diadakan pada 12hb. Disember 2010 (Ahad), bertempat di Surau Taman Jasmin.

Pada tahun ini, majlis tersebut telah dianjurkan bersama oleh Hospital Pakar KPJ Kajnag, Persatuan Kebajikan Warga Kerja Islam (PERKEWI) Hospital Kajang serta Surau Taman Jasmin. Hospital Pakar KPJ Kajang merupakan penaja majlis tersebut pada tahun ini. Pihak Hospital Pakar KPJ Kajang telah menaja cenderahati kepada peserta berkhatan, menyumbangkan minuman, wang tunai dan tenaga kerja. Manakala pihak PERKEWI telah menyumbangkan ubat-ubatan, peralatan dan tenaga kerja.

Aturcara majlis ini telah dimulakan dengan majlis doa selamat yang telah diketuai oleh Tuan Haji M.Taifor. selepas itu ucapan alu-aluan oleh Naib Yang DiPertua BKKK En. Amat Rubaie Bin Salamon. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Mr. Dr.Ridzwan Bin Haji Yusof, beliau merupakan wakil dari Hospital Pakar KPJ Kajang. Seterunya beliau menyampaikan cenderahati kepada peserta berkhatan. Aturcara seterusnya adalah sesi bergambar, selepas itu perserta diarak dengan paluan kompang. Acara kemuncak adalah peserta disiram dengan pancutan air dari Jabatan Bomba & Penyelamat Kajang.


Selepas itu majlis berkhatan dimulakan pada pukul 9.30 pagi dan berakhir 1.30 petang. Disamping itu peserta berkhatan juga telah diberikan sijil penyertaan sebagai tanda kenangan. Sijil tersebut dikeluarkan oleh BKKK dan ditandatangani oleh Naib Yang DiPertua BKKK, Hospital Pakar KPJ Kajang dan Timbalan Pengarah Hospital Kajang.
















































Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri 1431H

Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri pada tahun ini telah diadakan pada  09hb. Oktober 2010 (Sabtu), jam 9.00 malam Hingga 11.00 malam bertempat di Perkarangan Surau Taman Jasmin. Kehadiran tetamu yang hadir adalah seramai 438 orang (141 keluarga)
Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Imam Mohd Razak Bin Kanapiah. Acara kemuncak adalah cabutan nombor bertuah.
Menu masakan pada tahun ini adalah lemang, rendang daging, nasi himpit, kuah kacang, kuah lodeh, bihun dan ayam goreng. Minuman pula adalah sirap dan buah-buahan