Pages

Kursus Penyembelihan Siri 1 2009

Kursus ini telah diadakan pada 18hb. Disember 2009 bersamaan 1 Muharam 1431H (Jumaat), jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Dianjurkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin dan Surau Taman Jasmin. Tempat kursus untuk teori telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi Taman Jasmin, manakala tempat kursus praktikal telah diadakan di Perkarangan Surau taman Jasmin.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli kariah dan ahli Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin serta penduduk sekitarnya, agar memahami dan mempelajari teknik dan penyelenggaraan penyembelihan dengan cara yang betul, mengikut hukum syarak, halal & Toyibban (Halal & Bersih/baik) mengikut amalan sihat dan hukum-hukum syarak.


Seramai 40 orang telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada ahli kariah dan ahli  Badan Kebajikan & Khairat Kematian  Taman Jasmin serta penduduk sekitarnya. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Solihin Bin Maryakon, Penolong Pengarah Unit Halal, Jabatan Agama Islam Selangor. Setiap peserta dikehendaki melakukan praktikal penyembelihan satu ekor ayam kampong sebagai syarat yang utama untuk mendapatkan sijil penyertaan. Sijil penyertaan telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor. Fasalitator dan penceramah adalah dua orang pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor.

Penyertaan kali ini sebenarnya telah melebihi yang dijangkakan dan amat menggalakkan. Peserta amat berpuas hati dalam mempelajari ilmu penyembelihan. Kebanyakan peserta menganggap kursus ini adalah pengalaman pertama mereka mengikutinya dan melakukan penyembelihan.







Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Taman Jasmin 2009

Majlis ini telah diadakan pada 05hb. Disember 2009/18 Zulhijjah 1430H, berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi Taman Jasmin. Dianjurkan bersama oleh Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin dan Surau Taman Jasmin serta Hospital Kajang.
Majlis dimulakan seawal 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Pada tahun ini seramai 14 peserta telah menyertai majlis berkhatan. setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM100.00.
Setelah pendaftran, peserta diarak dengan paluan kompang dan seterusnya sesi bergambar. Selepas itu acara pancutan air daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang dilakukan untuk memeriahkan majlis. Acara berkhatan dimulakan pada pukul 9.00 pagi.
Diakhir majlis, pihak penganjur telah memberi cenderamata kepada Jabatan Bomba & Penyelamat Kajang, kakitangan Hospital yang terlibat. Tidak ketinggalan juga kepada semua ahli jawatankuasa.