Pages

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Taman Jasmin 2007

Majlis berkhatan telah diadakan buat pertama kali. Ia telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan & Khairat Kematian Taman Jasmin bersama Surau Taman Jasmin dan Persatuan Kebajikan Warga Kerja Islam (PERKEWI) Hospital Kajang.

Majlis berkhatan ini telah berlangsung pada 09hb. Disember 2007. Seramai 42 peserta berkhatan telah menyertai program ini. Setiap peserta pihak majlis telah mengenakan bayaran sebanyak RM50.00, bayaran ini termasuk kenduri doa selamat. Setiap peserta yang menyertai program ini telah diberikan sijil penyertaan.

Majlis ini telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Jabatan Bomba & Penyelamat kajang telah dijemput untuk membuat pancutan air kepada peserta supaya majlis ini bertambah meriah. Disamping itu pidak media juga dijemput untuk membuat liputan pada hari tersebut, antara pihak media yang hadir ialah akhbar Sinar Harian dan Kosmo.





Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri 1428H

Pada tahun 2007 majlis ini telah diadakan pada 03hb November 2007 (Sabtu). 
Tetamu khas kami adalah Ustaz Muhammad Uda Bin Kasim, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Dakwah Dan Promosi Lembaga Zakat Selangor.
Pihak majlis juga telah menyampaikan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal, saudara baru, dan pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM 2006 & PMR 2006. 
Majlis pada kali ini telah diserikan dengan kehadiran Nasyid dari Lembaga Zakat Selangor.